KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penambahan pos kawalan sempadan ini penting bagi membanteras kemasukan pendatang asing secara haram dan meningkatkan keupayaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) di negeri itu.
"Pos kawalan sempadan di bawah Kementerian Pertahanan jadi kita (kerajaan Sarawak) tidak ada kuasa untuk (mewujudkan sendiri pos kawalan). Kita bekerjasama dengan menawarkan tapak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di sini hari ini.
Pada Januari lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi projek menaik taraf dan membina infrastruktur yang lebih baik di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah.
Sempadan di antara dua negeri Borneo itu terdiri daripada 1,881 kilometer (km) yang memisahkan Sarawak dan Sabah di Malaysia dan wilayah Kalimantan di Indonesia.
Abang Johari turut mencadangkan supaya Pos Kawalan Sempadan Tebedu, kira-kira 97km dari sini dipindah dan dinaik taraf supaya lebih dekat dengan sempadan Malaysia-Indonesia bagi menyekat aktiviti penyeludupan di zon bebas atau tanah tak bertuan.
"Kerajaan Indonesia telah naik taraf pos kawalan sempadannya di Entikong, jadi kita di pihak Malaysia mestilah naik taraf juga (Tebedu)," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya beliau menasihati ketua masyarakat dan orang ramai mengenai kemungkinan wujud masalah sosial susulan kemasukan pekerja asing ke Sarawak memandangkan kerajaan negeri sudah mula membuka pintu sempadan kepada pekerja buruh asing.
Terdahulu, premier Sarawak dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang telah mengagihkan bantuan berbentuk juadah Aidilfitri kepada 11 agensi penerima terdiri daripada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang bertugas menjelang perayaan ini.
Antara penerima bagi program anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak itu termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Abang Johari berkata penambahan pos kawalan sempadan ini penting bagi membanteras kemasukan pendatang asing secara haram. - Gambar fail
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.